Anda berada di halaman: Utama

Selamat Datang Ke Web Irsyad Balok!

PEJABAT SRAIB TIDAK BEROPERASI

Assalamualaikum wbt.

Sukacita dimaklumkan pejabat Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok tidak beroperasi sepanjang cuti persekolahan bermula 9 Jun hingga 24 Jun 2018. Sebarang urusan yang berkaitan hendaklah diselesaikan sebelum atau selepas cuti sekolah.

Kesempatan ini, pihak sekolah mengucapkan selamat menyambut ketibaan Syawal tidak berapa lama lagi. Bagi yang pulang ke kampung halaman didoakan semoga selamat dalam perjalanan. Berhati-hati sewaktu memandu. Jaga keselamatan dan kesihatan diri. Semoga kalian senantiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah swt.

 

 

 

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2019

Assalamualaikum wbt.

Sukacita dimaklumkan pendaftaran murid tahun 1 sesi persekolahan 2019 telah dibuka mulai 15 Mac 2018 hingga 30 Jun 2018. Bagi yang berminat untuk mendaftarkan anak di Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok, tuan puan boleh mendaftar dengan menggunakan borang yang boleh didapati di pejabat sekolah. Pendaftaran juga dibuka secara atas talian. Pastikan tuan puan mencetak borang permohonan tersebut sebelum menghantarnya ke pejabat sekolah.

Borang yang telah siap diisi hendaklah dikepilkan bersama:

1. 2 keping gambar

2. sesalinan sijil kelahiran

3. sesalinan mykid

4. sesalinan kad pengenalan ibu bapa pemohon

5. slip gaji terkini

Terima kasih diucapkan kepada tuan puan kerana memilih sekolah kami sebagai sekolah pilihan keluarga anda.


 

AHLAN WA SAHLAN 2018

Selamat datang diucapkan kepada semua kakitangan SRAIB dan semua murid Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok bagi sesi persekolahan 2018. Selamat datang juga diucapkan kepada murid-murid baharu terutamanya murid tahun 1 dan murid yang baharu menjadi ahli keluarga SRAIB.

 

SRAIB CUTI PERITISWA

Semua murid Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok bercuti pada hari Isnin, 20 November 2017 kerana cuti peristiwa sempena program Yaumul Ihtifal baru-baru ini. Jesteru, sekolah akan dibuka semula pada hari Selasa, 21 November 2017.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

   

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

Kalender Aktiviti

<<  June 2018  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
      1  2  3
  4  5  6  7  8  910
11121314151617
18192021222324
252627282930 

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Pengunjung SRAIB

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini69
mod_vvisit_counterKelmarin792
mod_vvisit_counterBulan ini12868
mod_vvisit_counterKeseluruhan1056463

Online (20 minit yang lalu): 19
Tarikh: Jun 19, 2018