Anda berada di halaman: Utama

Selamat Datang Ke Web Irsyad Balok!

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2019

Assalamualaikum wbt.

Sukacita dimaklumkan pendaftaran murid tahun 1 sesi persekolahan 2019 telah dibuka mulai 15 Mac 2018 hingga 30 Jun 2018. Bagi yang berminat untuk mendaftarkan anak di Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok, tuan puan boleh mendaftar dengan menggunakan borang yang boleh didapati di pejabat sekolah. Pendaftaran juga dibuka secara atas talian. Pastikan tuan puan mencetak borang permohonan tersebut sebelum menghantarnya ke pejabat sekolah.

Borang yang telah siap diisi hendaklah dikepilkan bersama:

1. 2 keping gambar

2. sesalinan sijil kelahiran

3. sesalinan mykid

4. sesalinan kad pengenalan ibu bapa pemohon

5. slip gaji terkini

Terima kasih diucapkan kepada tuan puan kerana memilih sekolah kami sebagai sekolah pilihan keluarga anda.


 

AHLAN WA SAHLAN 2018

Selamat datang diucapkan kepada semua kakitangan SRAIB dan semua murid Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok bagi sesi persekolahan 2018. Selamat datang juga diucapkan kepada murid-murid baharu terutamanya murid tahun 1 dan murid yang baharu menjadi ahli keluarga SRAIB.

 

SRAIB CUTI PERITISWA

Semua murid Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok bercuti pada hari Isnin, 20 November 2017 kerana cuti peristiwa sempena program Yaumul Ihtifal baru-baru ini. Jesteru, sekolah akan dibuka semula pada hari Selasa, 21 November 2017.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

 

PENYERAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 2

Keputusan Peperiksaan Semester 2 bagi Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok akan diedarkan melalui murid-murid pada hari Khamis, 16 November 2017. Ibu bapa juga boleh semak keputusan peperiksaan anak secara atas talian dengan klik pada IBU BAPA ONLINE. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan sama ada yang ibu atau bapa. Sekiranya ada mana-mana ibu bapa yang tidak dapat masuk, harap dapat maklumkan dengan segera kepada guru kelas untuk diselesaikan.

Sekian, terima kasih.

   

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

Kalender Aktiviti

<<  January 2018  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
  1  2  3  4  5  6  7
  8  91011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Pengunjung SRAIB

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini95
mod_vvisit_counterKelmarin866
mod_vvisit_counterBulan ini20951
mod_vvisit_counterKeseluruhan1035234

Online (20 minit yang lalu): 13
Tarikh: Mei 22, 2018