Anda berada di halaman: Utama

Selamat Datang Ke Web Irsyad Balok!

JUALAN BUKU 2014

Jualan buku untuk sesi persekolahan 2014 kini sedang berlangsung di Kelas 2 Ali. Waktu berurusan bermula jam 9 pagi sehingga 1 petang (Isnin-Khamis) dan 9 pagi sehingga 12:30 tengah hari pada hari Jumaat. Urusan pembelian buku ditutup pada hari Sabtu dan Ahad. Tarikh pembelian buku bermula pada 26hb sehingga 31 Disember 2013. Dapatkan buku-buku anak tuan/puan dengan kadar segera. Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

 

SELAMAT KEMBALI BEKERJA

Selamat kembali bekerja diucapkan kepada semua warga kerja Irsyad Balok. Semoga Allah permudahkan azam dan iltizam kita sebelum mula melangkah ke tahun baru 2014. Yang penting kesefahaman dan kebersamaan kita dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Akhir kalam bersamalah kita berganding bahu menuju ke masa hadapan yang lebih cemerlang.

 

CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 2013

Assalamu'alaikum wbt... pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid. Manfaatkan cuti persekolahan ini dengan aktiviti yang berfaedah. Jaga solat dengan solat pada awal waktu dan solat secara berjemaah..sekiranya berkesempatan bacalah al-ma’thurat. Selain itu, jaga kesihatan dan keselamatan diri serta semoga sentiasa berada di dalam lindungan Allah swt.

 

 

PROGRAM RESTU ILMU

Program Restu Ilmu khusus untuk murid-murid tahun 6 akan diadakan pada 15 Jun 2012 (Jumaat) mulai jam 7 malam sehingga 10:30 malam bertempat di dewan terbuka Al-Irsyad Balok. Semua murid tahun 6 dan ibubapa diwajibkan hadir ke program ini. Surat makluman dan tentatif lengkap program akan diedarkan melalui anak tuan/puan.

Semoga kehadiran tuan/puan ibubapa yang dikasihi dapat memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPPiM kelak..insyaAllah ^_^

   

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

Kalender Aktiviti

<<  February 2018  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
     1  2  3  4
  5  6  7  8  91011
12131415161718
19202122232425
262728    

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Pengunjung SRAIB

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini592
mod_vvisit_counterKelmarin829
mod_vvisit_counterBulan ini19747
mod_vvisit_counterKeseluruhan957935

Online (20 minit yang lalu): 15
Tarikh: Feb 22, 2018