Anda berada di halaman: Utama

Selamat Datang Ke Web Irsyad Balok!

SYABAS KEPADA TEAM TAEKWONDO

TAHNIAH diucapkan kepada semua peserta ujian kenaikan tali pinggang taekwondo kali ke-3 yang telah diadakan pada hari Ahad (7 November 2010). Seramai 55 orang peserta telah mengambil bahagian di mana 50 orang peserta berjaya lulus 'colour belt'. Manakala peserta yang berjaya mendapat tali pinggang darjah pertama - first dan ialah 3 orang wakil pelajar dan 2 orang wakil guru iaitu Tengku Muhammad Taufiq b. Tengku Kahar, Abdul Hadi Rasydan b. Azlan Shah, Siti Nazirah bt Mohd Zainal Abidin, Muallimah Nor Adibah bt Azizan dan Muallimah Nur Hidayah bt Abdul Hamid. Syabas kepada semua ahli kelab taekwondo di bawah pimpinan Muallim Mohd Hafiz b. Paino, Muallimah Nor Adibah bt Azizan dan Muallimah Nur Hidayah bt Abdul Hamid. Semoga kelab taekwondo dapat meneruskan kecemerlangan pada masa akan datang...insyaAllah.
 

TAKZIAH BUAT KELUARGA MUDIRAH

  إنا لله وإنا اليه راجعون dan salam takziah kepada keluarga Mudirah SRAIB iaitu Muallimah Norida bt Hj Basri kembalinya ayahanda beliau ke rahmatullah pada petang semalam. Sama-samalah kita semua sedekahkan Al-Fatihah semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...amin. Sehubungan dengan itu, satu tabung derma kilat akan dilancarkan pada hari esok bertujuan meringankan beban keluarga allahyarham.
 

TAKLIMAT TAHUN 1 SESI 2011

Satu sesi taklimat dan pengesahan bagi pelajar kemasukan tahun 1 sesi persekolahan 2011 akan diadakan pada hari Sabtu 30 Oktober 2010 bertempat di dewan SRAIB pada jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.
 

PROGRAM MUKHAYYAM TARBAWI

Perkhemahan Tahunan Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) akan diadakan pada 22-24 Oktober 2010 bertempat di Kem Desa Cempaka, Pantai Sepat. Penyertaan adalah wajib kepada semua pelajar tahap 2 dan pelajar tingkatan 1. Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti pertandingan kemahiran BaSeD, ikatan dan kawat serta kem kraf. Bayaran bagi setiap pelajar adalah sebanyak RM70. Bagi pelajar yang mempunyai tiga orang adik-beradik bayaran akan dikurangkan sebanyak RM10 seorang manakala bagi yang mempunyai dua orang adik-beradik bayaran akan dikurangkan sebanyak RM5 seorang. Bayaran hendaklah dijelaskan kepada bendahari program iaitu Muallimah Siti Fareha.
   

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

Kalender Aktiviti

<<  September 2018  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
       1  2
  3  4  5  6  7  8  9
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Pengunjung SRAIB

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini313
mod_vvisit_counterKelmarin1798
mod_vvisit_counterBulan ini23530
mod_vvisit_counterKeseluruhan1166849

Online (20 minit yang lalu): 30
Tarikh: Sep 23, 2018