Anda berada di halaman: Utama

Selamat Datang Ke Web Irsyad Balok!

HARI TEMUDUGA TAHUN 1/2019

Hari temuduga bagi kemasukan murid tahun 1 sesi persekolahan 2019 bakal diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 28 dan 29 Julai 2018 (Sabtu dan Ahad)

Semua ibu bapa pemohon telah dimaklumkan melalui perkhidmatan WhatsApp dan juga melalui surat yang telah dipos ke alamat rumah masing-masing.

Harap maklum. Terima kasih kerana memilih Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok sebagai sekolah pilihan anak tuan/puan.

 

PEJABAT SRAIB TIDAK BEROPERASI

Assalamualaikum wbt.

Sukacita dimaklumkan pejabat Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok tidak beroperasi sepanjang cuti persekolahan bermula 9 Jun hingga 24 Jun 2018. Sebarang urusan yang berkaitan hendaklah diselesaikan sebelum atau selepas cuti sekolah.

Kesempatan ini, pihak sekolah mengucapkan selamat menyambut ketibaan Syawal tidak berapa lama lagi. Bagi yang pulang ke kampung halaman didoakan semoga selamat dalam perjalanan. Berhati-hati sewaktu memandu. Jaga keselamatan dan kesihatan diri. Semoga kalian senantiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah swt.

 

 

 

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2019

Assalamualaikum wbt.

Sukacita dimaklumkan pendaftaran murid tahun 1 sesi persekolahan 2019 telah dibuka mulai 15 Mac 2018 hingga 30 Jun 2018. Bagi yang berminat untuk mendaftarkan anak di Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok, tuan puan boleh mendaftar dengan menggunakan borang yang boleh didapati di pejabat sekolah. Pendaftaran juga dibuka secara atas talian. Pastikan tuan puan mencetak borang permohonan tersebut sebelum menghantarnya ke pejabat sekolah.

Borang yang telah siap diisi hendaklah dikepilkan bersama:

1. 2 keping gambar

2. sesalinan sijil kelahiran

3. sesalinan mykid

4. sesalinan kad pengenalan ibu bapa pemohon

5. slip gaji terkini

Terima kasih diucapkan kepada tuan puan kerana memilih sekolah kami sebagai sekolah pilihan keluarga anda.


 

AHLAN WA SAHLAN 2018

Selamat datang diucapkan kepada semua kakitangan SRAIB dan semua murid Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok bagi sesi persekolahan 2018. Selamat datang juga diucapkan kepada murid-murid baharu terutamanya murid tahun 1 dan murid yang baharu menjadi ahli keluarga SRAIB.

   

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

Kalender Aktiviti

<<  September 2018  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
       1  2
  3  4  5  6  7  8  9
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Pengunjung SRAIB

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini52
mod_vvisit_counterKelmarin1254
mod_vvisit_counterBulan ini20371
mod_vvisit_counterKeseluruhan1272852

Online (20 minit yang lalu): 11
Tarikh: Dis 14, 2018