Anda berada di halaman: Utama

BENGKEL MATEMATIK

E-mail Cetak PDF

Pada 6 September 2011 satu bengkel Matematik telah diadakan. Bengkel ini dianjurkan oleh Panitia Matematik dan telah dihadiri oleh 60 orang pelajar tahun 6 berserta guru subjek tersebut. Cikgu Nazeri Arashad (SK Sungai Isap) dijemput khusus untuk berkongsi ilmu bersama para calon UPSR.

Para pelajar didedahkan kepada teknik dan kaedah menjawab soalan, ulangkaji topik dan perbincangan soalan yang kebiasaannya keluar dalam UPSR.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi ilmu dengan warga Irsyad Balok.