Anda berada di halaman: Utama

TEKNIK MEMBUAT NOTA

E-mail Cetak PDF
15 NOVEMBER 2011 – Satu bengkel telah diadakan pada hari ini kepada semua pelajar tingkatan 2. Bengkel ini dikenali sebagai Teknik Membuat Nota Ringkas. Majlis ini dikendalikan oleh moderator jemputan  iaitu Dr. Mohd Firdaus bin Mat Nor. Beliau merupakan pelajar yang sedang membuat Ijazah Sarjana dalam bidang perubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Indera Mahkota.

Objektif bengkel ini ialah pelajar mengetahui cara-cara membuat nota ringkas sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kelak. Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh para pelajar.