Anda berada di halaman: Utama

PENGURUSAN JENAZAH

E-mail Cetak PDF

Syukur alhamdulillah program Pengurusan Jenazah berjaya diadakan di dewan utama Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad

Balok (SRAIB). Para pelajar tahun 6 serta tahun 4 dan 5 turut menyertai program ini. Objektif ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara-cara menguruskan jenazah.

Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Pengetua Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad Balok (SMAIB) iaitu Encik Mohd Basri bin Arifin dan dibantu oleh Pakcik Othman bin Ramli. Pelajar tahun 6 iaitu Ameer Asyraf bin Azhar secara sukarela bekerjasama menjadi untuk menjadi jenazah.

Para pelajar diajar cara-cara untuk menguruskan jenazah seperti keperluan untuk memandikan jenazah, cara-cara memandikan jenazah, cara-cara mengkafankan jenazah serta cara-cara menunaikan solat jenazah. Sesi soal jawab turut diadakan sepanjang program ini berlangsung.

Pada akhir program semua pelajar serta guru yang terlibat melahirkan rasa bersyukur kerana dapat mempelajari cara-cara menguruskan jenazah. Semoga program ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh semua pelajar yang terlibat.