Anda berada di halaman: Utama

PELAJAR DAPAT RM100

E-mail Cetak PDF

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi, Sekolah Rendah Islam

Al-Irsyad Balok (SRAIB) dan Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad Balok (SMAIB) telah mendapat bantuan awal persekolahan. Merujuk kepada pekeliling terbaru, SRAIB dan SMAIB mendapat bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 khusus kepada murid-murid yang belajar pada sesi persekolahan 2012. Mengikut maklumat yang diterima, bantuan tersebut akan disalurkan kepada pihak sekolah sebelum 15 Februari 2012. Oleh yang demikian, pihak sekolah akan menetapkan satu tarikh untuk ibu bapa datang ke sekolah mengambil wang berkenaan. Surat penerimaan bantuan tersebut akan diserahkan kepada anak tuan/puan menerusi guru kelas anak masing-masing. Harap maklum.