Anda berada di halaman: Utama

JASAMU DIHARGAI

E-mail Cetak PDF

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Puan Nur Hidayah bt Abdul Hamid

kerana telah dipilih sebagai Guru Bahasa Inggeris Terbaik bagi tahun 2011. Anugerah ini telah disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Islam Islam Al-Irsyad Balok iaitu Encik Mohd Ruhazan bin Yusof sewaktu sesi perhimpunan mingguan sekolah.

Puan Nur Hidayah dipilih berdasarkan komitmen beliau yang tinggi dalam memartabatkan dan membantu sekolah dalam meningkatkan peratusan kelulusan mata pelajaran Bahasa Inggeris terutamanya bagi kelas tahap satu dan dua. Beliau juga tidak lokek berkongsi tip-tips pengajaran dan pembelajaran sesama rakan setugas terutamanya guru-guru Bahasa Inggeris.

Untuk makluman semua, Puan Nur Hidayah akan bercuti selama dua tahun. Ini adalah kerana beliau telah mendapat peluang untuk menyambung pengajian beliau di peringkat ‘master’ di salah sebuah institusi pengajian awam di Kuala Lumpur.

Oleh yang demikian, pihak sekolah mengucapkan selamat maju jaya dan semoga beliau mendapat keputusan yang cemerlang sepanjang meneruskan pengajian beliau di sana...insyaAllah.