Anda berada di halaman: Utama

JOM HAPUSKAN AEDES

E-mail Cetak PDF

Satu gotong-royong anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok dengan kerjasama pihak sekolah akan diadakan pada hari Sabtu 25 Februari 2012.

Gotong-royong akan bermula pada jam 8:30 pagi hingga 10:30 pagi.

Tujuan gotong-royong ini diadakan ialah untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes sekaligus untuk mengelakkan daripada berlakunya demam denggi dalam kalangan murid-murid sekolah. Di samping itu dapat mengeratkan hubungan ukhuwwah di antara pihak sekolah dengan ibu bapa.

Antara kawasan yang akan dibersihkan ialah longkang besar di bahagian belakang bangunan baru iaitu bangunan Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad Balok serta kawasan sekitar sekolah.

Oleh itu, pihak PIBG dan sekolah mengharapkan kehadiran ibu bapa bagi menjayakan program ini demi kesihatan anak-anak Irsyad Balok yang tercinta.