Anda berada di halaman: Utama

UJIAN PENILAIAN 1/2012

E-mail Cetak PDF

Ujian Penilaian 1/2012 bagi semua pelajar Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok (kecuali tahun 6) akan bermula pada 2 Mac 2012 (Jumaat) hingga 7 Mac 2012 (Rabu). Bagi pelajar

tahun 6 pula, mereka akan menduduki Ujian Pecutan 2 yang akan diadakan pada masa dan tarikh yang sama dengan Ujian Penilaian 1. Surat makluman berserta jadual peperiksaan akan diedarkan kepada pelajar dalam waktu yang terdekat. 

Mohon kerjasama ibu bapa untuk memantau anak masing-masing membuat ulangkaji dan persediaaan bagi menghadapi ujian tersebut. Semoga doa dan restu ibu bapa mengiringi kejayaan anak-anak sekalian. Amin