Anda berada di halaman: Utama

SRAIB MASUK BERTANDING

E-mail Cetak PDF

Pihak sekolah akan menghantar peserta ke Pertandingan Karnival Ko-kurikulum yang akan berlangsung pada 6 dan 7 Jun 2012 (Rabu dan Khamis) di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor. Semua peserta telah dan sedang dilatih dengan baik oleh guru-guru pebimbing. Para peserta yang terpilih terdiri daripada murid-murid tahun 4 hingga tahun 6.

Wakil guru yang akan mengiringi para peserta terdiri daripada Muallimah Salmah bt Mat Yusoff, Muallimah Nor Zalina bt Abdul Latif, Muallimah Nor Azlinda bt Mahari, Muallim Mohd Firdaus b Borhan dan Muallim Fakru Syakirin b Mohamad.

Doakan semoga wakil sekolah kita dikurniakan kesihatan yang baik, berada dalam keadaan selamat, berjaya dan dapat membuat yang terbaik sewaktu pertandingan itu nanti..insyaAllah.