:
SEJARAH


SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-IRSYAD BALOK (SRAIB)

Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok (SRAIB) telah ditubuhkan pada Januari 2000 bermula daripada cadangan Ustaz Soleh bin Senafi. Cadangan ini telah disambut baik oleh Doktor Syed Badaruddin bin Syed Ali, Tuan Haji Faiz bin Baharuddin, Tuan Haji Khasbullah bin Kader dan beberapa orang lagi.

Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok (SRAIB) telah lahir di atas kesedaran dan keprihatinan masyarakat setempat terhadap pendidikan berteraskan Islam di dalam pembentukan anak-anak. Sekolah ini telah didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Pahang dengan nombor pendaftarannya KS 0175/03 bertarikh 21 Januari 2008.

Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok (SRAIB) telah memulakan operasi di peringkat awal dengan bilangan seramai 25 orang murid dan 3 orang guru serta menyewa sebuah rumah berhanmpiran dengan surau Kampung Chengal Lempong.

Pada tahun kedua penubuhannya, SRAIB telan menerima sumbangan wakaf sebuah bangunan yang mempunyai 6 buah kelas di atas tanah lot yang beralamat 12/1224 Kampung Chengal Lempong. Pada tahun berikutnya, SRAIB telah mempunyai sebidang tanah seluas tiga ekar yang telah diwakafkan khas daripada dua orang dermawan melalui Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MAIP).

Sehingga kini pada tahun 2021, SRAIB mempunyai 24 buah kelas dengan jumlah pelajar seramai 868 orang. Bagi jumlah kakitangan SRAIB pula terdiri daripada 66 orang kakitangan akademik, seorang kerani dan dua orang pembantu am. Dari sudut prasarana dan fasiliti, SRAIB telah mempunyai sebuah pejabat iaitu ruang pejabat pentadbiran, bilik taklimat, bilik guru, kantin, dua buah perpustakaan, sebuah makmal sains, dewan terbuka, kedai sekolah, dewan perpustakaan, bilik Kemahiran Hidup (KH), bilik Ekonomi Rumah Tangga (ERT), pondok belajar dan makmal ICT yang menempatkan 12 unit komputer sebagai kegunaan untuk pelajarnya.

Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok (SRAIB) amat memerlukan sokongan padu daripada banyak pihak untuk terus berkembang maju dan subur bagi menjadi wadah untuk mendidik dan menerapkan nilai agama Islam yang tercinta ini kepada anak-anak yang bakal menjadi penyambung kepada generasi muttaqin.

(Dikemaskini pada 01 Jan 2023)

 

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-IRSYAD BALOK (SMAIB)

Penubuhan Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad Balok (SMAIB) dicetuskan oleh Ustaz Soleh bin Senafi. Didaftarkan di bawah JAIP dengan nombor pendaftaran JAIP KS0175/2003. SMAIB mula beroperasi pada 3 Januari 2010. Ustaz Mohd Basri bin Arifin telah dilantik sebagai Pengetua dan diberi kepercayaan oleh Ahli Jemaah Pengurus (AJP) sekolah untuk menerajui sekolah menengah. SMAIB bermula dengan kelas tingkatan satu dengan bilangan pelajar seramai 14 orang.

Sehingga kini pada tahun 2021, SMAIB mempunyai seramai 177 orang pelajar daripada Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5. Bagi jumlah kakitangan SMAIB pula adalah seramai 26 orang.

(Dikemaskini pada 01 Jan 2023)

 

SEJARAH PENUBUHAN AKADEMI PENDIDIKAN IRSYAD BALOK BERHAD (APIB)

Demi melancarkan operasi dan pengurusan SRAIB & SMAIB, maka sebuah Syarikat Jaminan Terhad telah ditubuhkan pada 10 Mei 2010 dengan nama Akademi Pendidikan Irsyad Balok Berhad (APIB).

Kini, APIB mempunyai kakitangan seramai 11 orang.