Image Banner

SUMBANGAN PEMBANGUNAN DIPERLUKAN

PROJEK : PEMBANGUNAN SEKOLAH ISLAM IRSYAD BALOK FASA 3 (MEMBINA BANGUNAN 4 TINGKAT)

KOS PEMBINAAN : MEMAKAN BELANJA RM4,000,000.00

TARIKH MULA PEMBINAAN : DISEMBER 2017 / JANUARI 2018
TARIKH DIJANGKA SIAP : JULAI/OGOS 2019

ANDA BOLEH MENYALURKAN SUMBANGAN DENGAN CARA:-

1. MEMASUKKAN DUIT SUMBANGAN KE AKAUN CIMB ATAU BIMB SEPERTI YANG TERTERA.
2. BOLEH DATANG MENYERAHKAN SUMBANGAN DI PEJABAT SEKOLAH.
3. DIBUKA JUGA RUANG UNTUK BERWAKAF DENGAN JUMLAH RM10/RM20/RM50/RM100. BERGANTUNG PADA KEMAMPUAN.

MARILAH BERSAMA MENYUMBANG DAN BANTULAH UNTUK SEBARKAN MAKLUMAT INI AGAR ORANG LAIN JUGA TURUT BERSAMA MENYUMBANG.

"KE ARAH PEMBENTUKAN INSAN RABBANI"

LAGI

YAUMUL IHTIFAL 2019

TARIKH:16 NOVEMBER 2019

HARI:SABTU
TEMPAT:DEWAN SERI MAHKOTA, POLISAS


ALHAMDULILLAH.SELESAI JUA MAJLIS TAHUNAN SR ISLAM AL-IRSYAD BALOK YANG MERUPAKAN ACARA TAHUNAN TERBESAR MELIBATKAN MURID DAN IBU BAPA.
MAJLIS YAUMUL IHTIFAL SRAIB DIRASMIKAN OLEH USTAZ MOHD SAFFUAN B ABD JALIL AL HAFIZ, IAITU KETUA UNIT PENGURUSAN DAKWAH DAN SYIAR ISLAM, SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG.
TURUT HADIR KE MAJLIS INI ADALAH ALP AKADEMI PENDIDIKAN IRSYAD, DR SYED BADARUDDIN B. SYED ALI. SEMUA ALP YANG LAIN TURUT HADIR.

.
DI ANTARA ANUGERAH YANG DIBERIKAN ADALAH

-ANUGERAH MURID CEMERLANG
-ANUGERAH TOKOH AKADEMIK
-ANUGETAH MURID MITTHALI
-ANUGERAH KECEMERLANGAN UPSRI)
-ANUGERAH KOKURIKLUM
-ANUGERAH KEPIMPINAN
-ANUGERAH TOKOH HAFAZAN1
ANUGERAH PRA TAHFIZ
ANUGERAH SEDIA BERKHIDMAT
-ANUGERAH AL AMIN
-ANUGERAH NILAM
-ANUGERAH KEHADIRAN PENUH

.

IBU BAPA DIHIBURKAN OLEH PERSEMBAHAN KUMPULAN NASYID SOUTUL IRSYADI, TEATER MUZIKAL BAHASA INGGERIS DAN DIKIR BARAT.

.
TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA PENERIMA.

AAMIN

LAGI

PELAJAR MENABUNG UNTUK BERI SUMBANGAN KEPADA PEMBANGUNAN SEKOLAH

CHENGAL LEMPONG, KUANTAN - SEAWAL BERMULA PERSEKOLAHAN PAGI 12 NOVEMBER 2019, PENGETUA SEK MEN ISLAM AL-IRSYAD BALOK, MOHD BASRI ARIFFIN TERSENTUH HATI DENGAN SUMBANGAN WANG OLEH SALAH SEORANG PELAJAR SMAIB BAGI MENAMPUNG KOS PEMBINAAN BANGUNAN BARU SEK REN ISLAM AL-IRSYAD BALOK.

FARHAN DANISH FADELI, 13 TAHUN, TELAH MENYERAHKAN SEBUAH TABUNG BERISI SYILING YANG DIKUMPULNYA SEJAK AWAL TAHUN UNTUK TURUT MENYUMBANG DALAM PEMBANGUNAN SEKOLAH LAMA BELIAU. USAHA MURNI INI AMAT DIHARGAI OLEH SEMUA WARGA PENDIDIK AKADEMI PENDIDIKAN AL-IRSYAD BALOK DAN BERHARAP AGAR PELAJAR INI MENJADI TAULADAN YANG BAIK KEPADA MASYARAKAT.

MEMETIK RESPON DARIPADA MOHD BASRI ARIFFIN, BELIAU MENYIFATKAN TINDAKAN PELAJAR INI MENCERMINKAN PENGHAYATAN KEPERIBADIAN YANG TINGGI SEMPENA BULAN KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW.

SEHINGGA KINI, BANGUNAN BARU SEKOLAH SETINGGI 4 TINGKAT ITU TELAH 85% SIAP DAN DIJANGKA UNTUK DIGUNAKAN PADA JANUARI 2020. PREMIS TERSEBUT BAKAL MENEMPATKAN KANTIN SEKOLAH, SURAU DAN 14 BUAH KELAS YANG MAMPU MEMUATKAN SERAMAI 560 ORANG PELAJAR.

MASYARAKAT AWAM DAN BADAN KORPORAT DIALU-ALUKAN UNTUK TURUT MENYUMBANG DALAM DANA PEMBANGUNAN SEKOLAH INI BAGI MENAMPUNG KOS BERJUMLAH RM1. 2 JUTA YANG MASIH DIPERLUKAN SEBAGAI BAKI BAYARAN BANGUNAN DAN PEMBELIAN KELENGKAPAN BANGUNAN.

LAGI

IRSYAD BALOK : PERKEMBANGAN TERKINI PEMBANGUNAN

IRSYAD BALOK : PERKEMBANGAN TERKINI PEMBANGUNAN (13 NOVEMBER 2019)

PERATUSAN SIAP BANGUNAN

  • ALHAMDULILLAH, SETAKAT HARI INI BANGUNAN 85%-90% TELAH SIAP KERJA-KERJA PEMBINAAN. SELEPAS INI AKAN TUMPU KEPADA PEMBERSIHAN DAN KEKEMASAN.

JANGKAAN SIAP BANGUNAN

  • BANGUNAN DIJANGKAKAN SIAP PADA PENGHUJUNG BULAN NOVEMBER INI UNTUK MEMASTIKAN IANYA DAPAT DIGUNAKAN SEPENUHNYA PADA AWAL TAHUN 2020.

MASIH MEMERLUKAN SUMBANGAN

  • PIHAK SEKOLAH MASIH MENCARI SUMBANGAN UNTUK:-
    1. BAYARAN KEPADA KONTRAKTOR UNTUK KERJA PEMBANGUNAN. (BAKI RM1.1 JUTA YANG PERLU DIBAYAR)
    2. MEMBELI KEPERLUAN DAN KELENGKAPAN BANGUNAN UNTUK KEGUNAAN KELAS. (RM150,000.00). KAMI GALAKKAN SUMBANGAN DALAM BENTUK KEWANGAN SUPAYA PIHAK SEKOLAH DAPAT MEMBUAT PENYELARASAN KELENGKAPAN SEKOLAH.

SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE

  • NO. AKAUN BIMB : 06019010096593 (AKADEMI PENDIDIKAN IRSYAD BALOK BERHAD)
  • NO. AKAUN CIMB : 06110009147055 (SEKOLAH RENDAH ISLAM AL IRSYAD BALOK)
  • SERAHAN DI PEJABAT APIB

SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI

WAN ISMAIL (CEO) : 019 9898311
HAFIZUDDIN (PEGAWAI OPERASI) : 016 9225447

TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN & SOKONGAN

  • PIHAK APIB MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PARA PENYUMBANG & PENYOKONG YANG TAK PUTUS-PUTUS MENYUMBANG BAGI BERSAMA MENJAYAKAN USAHA PEMBANGUNAN INI.
  • DIDOAKAN SEMOGA SEMUA PARA PENYUMBANG DIRAHMATI OLEH ALLAH, DIBERKATI OLEH ALLAH, DIMURAHKAN REZEKI OLEH ALLAH, DIBERI PENGGANTI YANG LEBIH BAIK OLEH ALLAH PADA HARTA YANG TELAH DIKELUARKAN.
  • SEMOGA DIBERI KELAPANGAN OLEH ALLAH UNTUK TERUS MENYUMBANG KEPADA SEKOLAH ISLAM IRSYAD BALOK.
LAGI

PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA [SMA] 2019

ALHAMDULILLAH..HARI INI 30 OKTOBER 2019 MERUPAKAN HARI TERAKHIR DI TEMPUHI PARA PELAJAR BAGI PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA [SMA] 2019. TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SELURUH GURU²SUJUD SYUKUR ATAS KURNIAN NIKMAT ILMU DI KURNIAKAN ALLAH.

LAGI

LAWATAN KELAB USAHAWAN MUDA SRAIB

TARIKH:12 NOVEMBER 2019

HARI:SELASA
TEMPAT LAWATAN:KEDAI KEROPOK AMANINA, BALOK

ALHAMDULILLAH. SERAMAI 23 ORANG AHLI KELABB USAHAWAN MUDA SRAIB BESERTA 3 ORANG GURU PENGIRING TELAH MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KEDAI KEROPOK AMANINA BALOK.

MURID MURID BERPELUANG BELAJAR SELOK BELOK TENTANG CARA MENBUAT KEROPOK LEKOR DAN MENCUBA SENDIRI PROSES MEMBUAT KEROPOK.

SUDAH PASTI IA MEMBERI KENANGAN MANIS DAN PENGALAMAN YANG AKAN DIKENANG SAMPAI BILA BILA. JIKA SELAMA INI BELAJAR MENGULI GANDUM DI WAKTU QIAM, TETAPI HARI INI BERPELUANG MENGULI KEROPOK LEKOR YANG BIASANYA DIBELI SIAP DARI KEDAI.
DIHARAPKAN AGAR MURID MURID DAPAT MENGAMBIL SEDIKIT PELAJARAN TENTANG KEHIDUPAN DENGAN ADANYA PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH SEBEGINI.

LAGI

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR PT3, SMA & SPM 2019

PROGRAM MOTIVASI KE 3 UNTUK PELAJAR ² YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PT3, SMA & SPM 2019.SEMOGA DAPAT DIMANFAATKAN OLEH PELAJAR DEMI MENCAPAI KEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN YANG BAKAL DIHADAPI TIDAK LAMA LAGI.

LAGI

Image Banner