https://my21.awfatech.com/irsyadbalok/content/news/newsf1_0180_1707359102.jpg

SELAMAT MEMPERINGATI PERISTIWA ISRA MIKRAJ 1445H

MARILAH MEMPERINGATI PERISTIWA ISRA MIKRAJ DENGAN PENUH KETAQWAAN DAN RASA SYUKUR, KARENA DI DALAMNYA TERDAPAT ILMU YANG BERHARGA DAN PENGAJARAN YANG TAK TERNILAI.
 
MAHA SUCI ALLAH YANG TELAH MENJALANKAN HAMBANYA (MUHAMMAD) PADA MALAM HARI DARI MASJID AL-HARAAM (DI MAKKAH) KE MASJID AL-AQSA (DI PALESTIN), YANG KAMI BERKATI SEKELILINGNYA, UNTUK MEMPERLIHATKAN KEPADANYA TANDA-TANDA (KEKUASAAN DAN KEBESARAN) KAMI. SESUNGGUHNYA ALLAH JUALAH YANG MAHA MENDENGAR, LAGI MAHA MENGETAHUI. (AL-ISRAA' 17:1)
 
LAGI
https://my21.awfatech.com/irsyadbalok/content/news/newsf1_0180_1706837885.jpg

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHUN 6 KE LAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI, TANJONG KARANG

::LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHUN 6::
25.01.2024 / KHAMIS
LAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI, TANJONG KARANG, SELANGOR
🩵SEBIRU HARI INI 🩵
هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ ذَلُولًۭا فَٱمْشُوا۟ فِى مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا۟ مِن رِّزْقِهِۦ ۖ وَإِلَيْهِ ٱلنُّشُورُ
DIALAH YANG MENJADIKAN BUMI BAGI KAMU MUDAH DIGUNAKAN, MAKA BERJALANLAH MERATA-RATA CERUK RANTAUNYA, SERTA MAKANLAH DARI REZEKI YANG DIKURNIAKAN ALLAH; DAN KEPADA ALLAH JUALAH (KAMU) DIBANGKITKAN HIDUP SEMULA. AYAT 15:SURAH AL-MULK
 
ALHAMDULILLAH, SELESAI LAWATAN MURID TAHUN 6 KE LAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI, TANJONG KARANG, SELANGOR.
SERAMAI 9 ORANG GURU DAN 93 ORANG MURID DIBERI RUANG DAN KESEMPATAN UNTUK MENYERTAI LAWATAN KALI INI.
 
ANTARA TUJUAN LAWATAN ADALAH UNTUK:
 
1. MEMBERI PENDEDAHAN DAN PENDEKATAN YANG LEBIH LUAS KEPADA MURID.
2. MENERAPKAN AMALAN-AMALAN NILAI MURNI, MENJAGA KEBERSIHAN DAN MEMPUNYAI RASA TANGGUNGJAWAB UNTUK MEMELIHARA ALAM SEKITAR.
 
UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, SEPANJANG LAWATAN DI MARDI KAMI MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN DARI TENAGA INSAN TRAVEL AND TOURS. 4 ORANG PENGIRING SEBAGAI FASILITATOR KEPADA AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIADAKAN.
BERTOLAK PADA JAM 12:40 PAGI DAN TIBA DI MASJID AR-RAUDHAH PEKAN TANJONG KARANG JAM 6:30 PAGI. BERJEMAAH SUBUH DI SINI, SETERUSNYA KENDIRI DAN BERSARAPAN. RUANGAN DAN FASILITI MASJID SANGAT BAIK, MELANCARKAN PENGURUSAN KAMI.
SEAWAL JAM 9, PESERTA LAWATAN TIBA DI LAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI.
 
ANTARA AKTIVITI YANG DITEROKAI PESERTA SEPANJANG SESI LAWATAN:
1. MELAWAT GALERI PENANAMAN PADI DAN PENGHASILAN BERAS
2. MENANAM PADI
3. BERSAMPAN
4. MEMANCING DAN MENANGKAP IKAN KELI
5. MANDI PALOH
6. BERBASIKAL
7. MINUM AIR KELAPA MUDA
 
SELESAI KENDIRI DAN BERJEMAAH ZOHOR DI SINI, KAMI MENERUSKAN PERJALANAN KE KILANG BAHULU DAN ANEKA KEREPEK KUNYA KUNYA.
SEMUA PESERTA SELAMAT TIBA DI PERKARANGAN SEKOLAH JAM 10:30 MALAM. SEMOGA LAWATAN INI SEDIKIT SEBANYAK MEMBERI NILAI TAMBAH KEPADA PENGETAHUAN AM SEDIA ADA MURID SETERUSNYA MENJADI KENANGAN MANIS BUKAN SAHAJA KEPADA MURID-MURID TAHUN 6 TETAPI BUAT GURU-GURU JUGA.
 
LAGI
https://my21.awfatech.com/irsyadbalok/content/news/newsf1_0180_1706573150.png

SELAMAT MENDUDUKI SPM 2023 BUAT SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5

SELAMAT BERJUANG BUAT ANAK-ANAK TINGKATAN 5...BUAT SEHABIS BAIK...IN SHAA ALLAH DIMUDAHKAN SEGALA URUSAN...SEMOGA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN SPM 2023...DAN BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

AAMEEN YA RABBAL A'LAMEEN

LAGI
https://my21.awfatech.com/irsyadbalok/content/news/newsf1_0180_1706573006.jpg

UPDATE TATIB JAN 2024

SEDIKIT PERKONGSIAN MENGENAI UPDATE TERKINI PERJALANAN TAHFIZ TURATH AL IRSYAD BALOK (TATIB) SEHINGGA JAN 2024


✅PELAN ARKITEK UNTUKPEMBINAAN BANGGUNAN TATIB SUDAH SIAP 100%. AKAN SUBMIT KEPADA KKM DAN BOMBA

✅KEPUTUSAN TEMUDUGA 30 ORANG PELAJAR SUDAH DIMAKLUMKAN KEPADA IBUBAPA

LAGI
https://my21.awfatech.com/irsyadbalok/content/news/newsf1_0180_1706163529.jpg

QIAM SMAIB 2023

QIAM BBQ FINALE 2023.
SEMOGA PROGRAM QIAMMULLAI SANTAI INI DAPAT MEMBERI SEDIKIT RUANG KEPADA PARA PELAJAR DAN GURU UNTUK BERUKHUWWAH SAMBIL MELEGAKAN SEDIKIT TEKANAN BELAJAR LEBIH LEBIH LAGI KEPADA PARA PELAJAR TINGKATAN 5 YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM.
LAGI

Page 1 of 4