https://my21.awfatech.com/irsyadbalok/content/news/newsf1_0180_1706163033.jpg

PEPERIKSAAN SMA 2023

LANGIT DAN AWAN BAGAIKAN BERJANJI CERIA MENGIRINGI WAJAH-WAJAH GEMBIRA ANAK - ANAK JUANG F4 IM DAN F4 UR.
 
DAY IN, DAY OUT...SMA 2023 BARU SAHAJA BERAKHIR TANGGAL 19 JANUARI 2024 PADA PENGHULU SEGALA HARI, JUMAAT PERTAMA DI BULAN REJAB INI.
 
ALHAMDULILLAH... ALHAMDULILLAH... ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH YA RABB MENGURNIAKAN KESIHATAN DAN KETENANGAN BUAT ANAK-ANAK F4 SMAIB SEPANJANG 10 HARI PERJUANGAN SMA 2023 INI.
 
TAHNIAH DAN SYABAS BUAT SEMUA TEAM SMA, MUALLIM, MUALLIMAH DAN IBU BAPA.
 
PIHAK SEKOLAH MERAKAMKAN UCAPA TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SEPANJANG TEMPOH PEPERIKSAAN BERLANGSUNG.
 
BUAT ANAK-ANAK WAJAH KESAYANGAN KAMI, TERUSKAN DOA, SOLAT HAJAT DAN MUNAJAT AGAR BEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG.
 
SEMOGA MUMTAZ SOFI DALAM GENGGAMAN.
LAGI
https://my21.awfatech.com/irsyadbalok/content/news/newsf1_0180_1706162876.jpg

JAWATAN KOSONG - WARDEN ASRAMA

TEMPOH PERMOHONAN: 25-31 JANUARI 2024

E-MAIL RESUME KE:
PENTADBIRAN.APIB@GMAIL.COM

BANTU KAMI SEBARKAN SUPAYA LEBIH RAMAI DAPAT MEMOHON.

LAGI
https://my21.awfatech.com/irsyadbalok/content/news/newsf1_0180_1706162783.jpg

ANUGERAH KELAS TERBERSIH SESI 2023/2024

TARIKH: 22.1.2024
PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS YANG BERJALAN BERMULA MEI 2023 TELAH DIAKHIRI DENGAN SATU MAJLIS ANUGERAH KELAS TERBERSIH SESI 2023/2024, YANG BERLANGSUNG SEWAKTU PERHIMPUNAN ISNIN LALU.
.
ANTARA OBJEKTIF PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS DIJALANKAN ADALAH UNTUK MEMUPUK RASA SAYANGKAN SEKOLAH, DI SAMPING MEMBENTUK PERSEKITARAN BERSIH DAN CERIA DI DALAM KELAS. PERTANDINGAN DILANGSUNGKAN DENGAN MENGAMBIL KIRA BEBERAPA ASPEK PENTING DALAM KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS.
.
BERIKUT ADALAH SENARAI PEMENANG ANUGERAH KELAS TERBERSIH SESI 2023/2024:
 
🏆 TAHUN 1
🥇1 UMAR
🥈1 KHADIJAH
 
🏆 TAHUN 2
🥇2 USMAN
🥈2 ALI
 
🏆 TAHUN 3
🥇3 TALHAH
🥈3 ZUBAIR
 
🏆 TAHUN 4
🥇4 FATIMAH
🥈4 ABU SUFFIAN
 
🏆 TAHUN 5
🥇5 HAMZAH
🥈5 SAAD
 
🏆 TAHUN 6
🥇6 ABU HURAIRAH
🥈6 BUKHARI
 
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA GURU KELAS, GURU BANTU, MURID-MURID DAN JUGA IBU BAPA YANG MENYUMBANG IDEA, TENAGA DAN WANG RINGGIT BAGI MEMBANTU MENCERIAKAN KELAS DI SRAIB. SEMOGA USAHA MENCERIAKAN KELAS INI SEDIKIT SEBANYAK MEMBANTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH.
 
LAGI
https://my21.awfatech.com/irsyadbalok/content/news/newsf1_0145_1601560711.jpg

DOA ELAK WABAK PENYAKIT

WABAK COVID-19 DI NEGARA KITA MASIH BELUM NAMPAK PENGHUJUNGNYA.

MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGAMALKAN DOA INI UNTUK MEMOHON PERLINDUNGAN DARIPADA ALLAH SWT. 

INI ADALAH ANTARA DOA YANG DIANJURKAN OLEH RASULULLAH SAW UNTUK MENOLAK DAN MENGELAK WABAK PENYAKIT. 

SEMOGA KITA SEMUA TERHINDAR DARIPADA SEBARANG WABAK PENYAKIT, INSYA-ALLAH.

LAGI
https://my21.awfatech.com/irsyadbalok/content/news/newsf1_0180_1706163366.jpg

SUMBANGAN PEMBANGUNAN DIPERLUKAN

MARI MENYUMBANG UNTUK PEMBANGUNAN TAHFIZ TURATH AL IRSYAD BALOK
 
AKADEMI PENDIDIKAN IRSYAD BALOK DALAM USAHA MEMBINA SEBUAH LAGI BANGUNAN UNTUK DIJADIKAN TAHFIZ TURATH AL IRSYAD BALOK.
 
KOS YANG DIPERLUKAN UNTUK MENYIAPKAN BANGUNAN TERSEBUT MENELAN BELANJA RM3.5 JUTA.
 
TAHFIZ TURATH AKAN MULA BEROPERASI PADA TAHUN 2024 DI BANGUNAN SEMENTARA SEBELUM BANGUNAN TAHFIZ DISIAPKAN SEPENUHNYA.
 
BAGI YANG INGIN BERSAMA MENYUMBANG BOLEH TEKAN LINK :
LAGI

Page 2 of 4