Anda berada di halaman: Utama

Selamat Datang Ke Web Irsyad Balok!

Peperiksaan Semester 2/2010

Selamat menduduki Peperiksaan Semester 2 kepada semua pelajar SRAIB yang bakal bermula pada hari esok 14 Oktober sehingga 21 Oktober 2010. Semoga kalian semua dapat menjawab soalan dengan sebaik-baiknya...insyaAllah. Waktu pulang sepanjang minggu peperiksaan ialah pada pukul 1:30 petang. Pastikan semua pelajar membuat persediaan seperti ulangkaji di rumah dan menyediakan kelengkapan alat tulis yang secukupnya.

- PK 1 (Pn Normala bt Omar) -

 

PROGRAM SEKAMPIT BERAS SEKILO GULA

Program yang julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan hangat dari ibu bapa. Sumbangan terkumpul sebanyak 400 kampit beras dan 600kg gula. Kesemua barangan ini telah selamat sampai ke tangan golongan fakir miskin. Kawasan agihan asal ialah sekitar kawasan Sungai Karang sehingga Balok. Oleh kerana sumbangan yang diterima melebihi jangkaan, kawasan agihan terpaksa diluaskan sehingga ke Chendor, Cherating. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga amal jariah kalian diterima di sisi Allah S.W.T. Kepada Puan Rozita bt Ismail dan keluarga, terima kasih di atas sumbangan peribadi dalam bentuk wang tunai dalam menjayakan program ini.

- Ikhlas dari PK 2 (Pn Salmah bt Mat Yusoff) -

 

PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR TAHUN 1 & TING. 1 /2011

Pendaftaran masih dibuka untuk kemasukan pelajar tahun 1 dan tingkatan 1 sesi 2011. Satu taklimat dan pengesahan bagi pelajar tahun 1/2011 akan diadakan pada 30 Oktober 2010 bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Manakala bagi kemasukan pelajar tingkatan 1/2011, syarat-syarat adalah seperti yang berikut; lancar bacaan al-quran, boleh menulis jawi dan mendapat 3A Percubaan UPSR. Borang kemasukan boleh didapati di pejabat sekolah. 

 

DERMA DARAH

Sempena Sambutan 10 Tahun SRAIB, satu kempen derma darah anjuran pihak sekolah dengan kerjasama Pusat Kesihatan Balok akan diadakan pada 13 November 2010. Kepada sesiapa yang berminat, sila sms nama kepada Muallimah Norhidayah bt Embong di talian 017-9408077.
   

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

Kalender Aktiviti

<<  September 2018  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
       1  2
  3  4  5  6  7  8  9
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Pengunjung SRAIB

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini318
mod_vvisit_counterKelmarin1798
mod_vvisit_counterBulan ini23535
mod_vvisit_counterKeseluruhan1166854

Online (20 minit yang lalu): 32
Tarikh: Sep 23, 2018