Anda berada di halaman: Utama

KURSUS 2012

E-mail Cetak PDF

31 DISEMBER 2011 - Kursus Pemantapan Ukhuwwah 2012 anjuran Lujnah Pembangunan Staf Ahli Jemaah Pengurus (AJP) telah berlangsung dengan jayanya di Duta Village Beach Resort. Penceramah

jemputan ialah CR Nik Syuharul Apizo bin Safien iaitu Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Majlis Amanah Rakyat (MARA) Kuala Lumpur. Semua pendidik SRI-SMI Al-Irsyad Balok menyertai kursus ini.

Pengisian program ini dibahagikan kepada beberapa sesi iaitu Sesi 1: Kenali diri sebagai seorang pendidik yang hebat, Sesi 2: Minda dan kecemerlangan, Sesi 3: Gerak kerja kumpulan, Sesi 4: Kemahiran berkomunikasi dan Sesi 5: Cermin diri. Kursus yang bermula dari jam 9 pagi ini telah tamat dengan jayanya pada jam 8:45 malam.

Semua peserta menyatakan rasa teruja dengan kursus ini dan berharap agar kursus ini dapat disambung pada masa yang akan datang. Semoga segala perkongsian ilmu sepanjang program ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh semua pendidik Al-Irsyad Balok…insyaAllah.