Anda berada di halaman: Utama

SELAMAT BERCUTI

E-mail Cetak PDF

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 MULAI 10 HINGGA 18 MAC 2012

Selamat bercuti diucapkan kepada semua pelajar SRI-SMI Al-Irsyad Balok.

Manfaatkan waktu cuti persekolahan dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Jangan tinggalkan solat; pelajar banin seelok-eloknya solat berjemaah manakala pelajar banat pula solat di awal waktu. Buatlah ulangkaji pelajaran dan siapkanlah segala kerja rumah yang telah dibekalkan oleh guru subjek.

Kepada pelajar tahun 6, antum akan bersekolah seperti biasa mulai hari Selasa hingga Khamis (13 hingga 15 Mac 2012). Sila rujuk jadual Kem Jejak Cemerlang 2/2012 yang telah diedarkan. Bagi yang pulang ke kampung berhati-hatilah dalam perjalanan dan selamat bertemu sanak saudara.

Pihak sekolah mendoakan semoga antum semua dirahmati Allah dan jagalah keselamatan diri walau di mana jua antum berada.