Anda berada di halaman: Utama

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2019

E-mail Cetak PDF

Assalamualaikum wbt.

Sukacita dimaklumkan pendaftaran murid tahun 1 sesi persekolahan 2019 telah dibuka mulai 15 Mac 2018 hingga 30 Jun 2018. Bagi yang berminat untuk mendaftarkan anak di Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok, tuan puan boleh mendaftar dengan menggunakan borang yang boleh didapati di pejabat sekolah. Pendaftaran juga dibuka secara atas talian. Pastikan tuan puan mencetak borang permohonan tersebut sebelum menghantarnya ke pejabat sekolah.

Borang yang telah siap diisi hendaklah dikepilkan bersama:

1. 2 keping gambar

2. sesalinan sijil kelahiran

3. sesalinan mykid

4. sesalinan kad pengenalan ibu bapa pemohon

5. slip gaji terkini

Terima kasih diucapkan kepada tuan puan kerana memilih sekolah kami sebagai sekolah pilihan keluarga anda.