::LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHUN 6::
25.01.2024 / Khamis
Laman Agroteknologi Mardi, Tanjong Karang, Selangor
SEBIRU HARI INI
هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ ذَلُولًۭا فَٱمْشُوا۟ فِى مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا۟ مِن رِّزْقِهِۦ ۖ وَإِلَيْهِ ٱلنُّشُورُ
Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula. Ayat 15:Surah Al-Mulk
Alhamdulillah, selesai lawatan murid Tahun 6 ke Laman Agroteknologi Mardi, Tanjong Karang, Selangor.
Seramai 9 orang guru dan 93 orang murid diberi ruang dan kesempatan untuk menyertai lawatan kali ini.
Antara tujuan lawatan adalah untuk:
1. memberi pendedahan dan pendekatan yang lebih luas kepada murid.
2. menerapkan amalan-amalan nilai murni, menjaga kebersihan dan mempunyai rasa tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar.
Untuk pengetahuan semua, sepanjang lawatan di Mardi kami menggunakan perkhidmatan dari Tenaga Insan Travel And Tours. 4 orang pengiring sebagai fasilitator kepada aktiviti-aktiviti yang telah diadakan.
Bertolak pada jam 12:40 pagi dan tiba di Masjid Ar-Raudhah Pekan Tanjong Karang jam 6:30 pagi. Berjemaah Subuh di sini, seterusnya kendiri dan bersarapan. Ruangan dan fasiliti masjid sangat baik, melancarkan pengurusan kami.
Seawal jam 9, peserta lawatan tiba di Laman Agroteknologi Mardi.
Antara aktiviti yang diterokai peserta sepanjang sesi lawatan:
1. melawat galeri penanaman padi dan penghasilan beras
2. menanam padi
3. bersampan
4. memancing dan menangkap ikan keli
5. mandi paloh
6. berbasikal
7. minum air kelapa muda
Selesai kendiri dan berjemaah Zohor di sini, kami meneruskan perjalanan ke Kilang Bahulu dan Aneka Kerepek Kunya Kunya.
Semua peserta selamat tiba di perkarangan sekolah jam 10:30 malam. Semoga lawatan ini sedikit sebanyak memberi nilai tambah kepada pengetahuan am sedia ada murid seterusnya menjadi kenangan manis bukan sahaja kepada murid-murid Tahun 6 tetapi buat guru-guru juga.